Minyak Masak Terpakai jangan dibuang ke dalam sinki atau longkang kerana ianya mengancam Alam Sekitar
– Pelepasan sisa minyak masak ke dalam sinki dan longkang menyebabkan sistem pembentungan tercemar, kotor dan tersumbat.
– Masalah pembuangan minyak masak terpakai ke dalam longkang atau tempat-tempat awam adalah merupakan masalah global.- Lipas dan tikus, nyamuk dan lain-lain haiwan perosak akan tertarik ke longkang dan pembentungan yang tersumbat, membiak dan menggugat kesihatan penduduk sekitar.
BAHAYA GUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI
**Memanaskan minyak masak berulang kali menyebabkan trigliserida dalam minyak pecah, mengoksidasi asid lemak bebas dan dengan demikian melepaskan akrolein, bahan kimia toksik yang mempunyai sifat karsinogenik. Sebatian kimia dalam minyak yang dipanaskan semula boleh mencetuskan kesan toksikologi dan mendorong percambahan sel barah payudara. Pihak berkuasa Eropah telah mengeluarkan rang undang-undang tentang penggunaan minyak masak berulang kali. Profesor Nicki Engeseth yakin ianya mengaktifkan sel-sel tumor dormant dalam darah pesakit barah payudara yang terselamat.
JAGALAH KESIHATAN. JANGAN GUNAKAN MINYAK MASAK BERULANG KALI.
SIMPAN MINYAK DALAM BOTOL, BILA SUDAH PENUH BERITAHU KAMI, KAMI AKAN DATANG MEMBELINYA.
Kami membeli minyak masak terpakai (used cooking oil) utk dijadikan biodiesel.
“Ada orang kata minyak masak terpakai akan diproses buat minyak masak semula, betulkah?” Tidak benar sama sekali!
– Minyak masak terpakai yang kami beli dari anda akan dihantar ke Eropah untuk diproses untuk dijadikan minyak biodiesel, bahan api yang sangat mesra alam. Ini adalah kitaran Environmental sustainability yang sangat digalakkan oleh negara-negara di Eropah.
Environmental sustainability: is the rates of renewable resource harvest, pollution creation, and non-renewable resource depletion that can be continued indefinitely.
****Sumber: Institute of Food Technologists, Chicago, USA